MAKLUMAT NEGERI
Johor Darul Takzim adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia bersempadankan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang, Laut China Selatan, Selat Tebrau dan Selat Melaka dengan keluasan 18, 986.88 kilometer persegi.
MAKLUMAT DAERAH
Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang berada di negeri Johor. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Keluasan daerah ialah 3, 488.7 kilometer persegi. Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapar juga penempatan bagi orang Asli di daerah ini.Terdapat 10 buah mukim di bawah daerah ini yang merangkumi 26 buah kampong induk tradisional, 117 buah kampong rangkaian, 29 buah kawasan penempatan Felda dan 5 buah kawasan Bandar Baru KEJORA.
MAKLUMAT MUKIM
Tanjung Sedili ialah sebuah kawasan di timur laut negeri Johor yang terletak di muara Sungai Sedili dipinggir Laut China Selatan, kira-kira 40 kilometer dari bandar Kota Tinggi. Kawasan inig dibahagikan kepada 3 kawasan utama iaitu Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Sedili Kechil.
MAKLUMAT KAMPUNG
Felda Lok Heng Selatan merupakan salah satu perkampungan di dalam Gugusan Lok Heng selain Felda Lok Heng Timur dan Felda Lok Heng Barat di bawah Mukim Sedili Kechil. Ia mempunyai kepadatan penduduk seramai leih 3,000 orang yang mana adalah 100% berbangsa Melayu. Beberapa buah kampung lain di bawah Mukim Sedili Kechil adalah Kampung Belukar Durian, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Bukit Easter, Felda Simpang Waha dan Felda Bukit Waha.Beberapa buah kampung berdekatan yang bukan di bawah Mukim Sedili Kechil adalah Felda Sungai Mas, Felda Papan Timur, Felda Bukit Aping dan Bandar Mas.